Orang Tua

kalau awak yang membaca ini
masih punya ayah

bersyukurlah
kerana si penulis kasar ini

dari keluar rahim
sampai ke hari ini
hanya bonda si gagah hati yang menemani.

setuhan ayah umpama mimpi
kata-kata ayah umpama bayangan
pelukan ayah langsung tak merasa.
-------------------------------------------------------------------------
aku berdiri tiap tiap hari
menempuhi jalan dunia yang penuh duri ini
hanya BERANGAN

berangan ayah tengah kata

"jalanlah sayang. biarpun banyak cela"

berangan ayah tengah pegang tangan
sambil berkata

"tidak mengapa sayang. biar ayah pimpin sampai sana"

berangan bila jatuh, ayah akan kata

"sikit je ni sayang, nanti kat luar sana, lagi banyak mehnahnya"

berangan bila dapat kejayaan, ayah peluk lalu kata

"terima kasih untuk hadiah ini anakku"

berangan bila pergi sekolah, ayah hantar sambil kata

"belajar elok elok, jadi lebih pandai dari ayah"


DAN SEMUA ITU ANGAN ANGAN.

dan semua itu mimpi
mimpi yang aku tak nak bangunkan diri
mimpi yang aku cipta untuk ke realiti!

sakit?

pedih?

memang!

lagi bertambah pedih dan sakit bila lihat

kawan kawan satu pasukan bergirang gembira dengan ayah masing masing.

aku duduk sendiri diam-diam

lantas di tanya mereka.

"dimanakah ayahmu?"
"apa dia tidak hadir?"

dan dengan ketabahan yang di ajari bonda 
aku jawab.

"ayah sedang berehat. sambil tunggu aku disana"

----------------------------------------------------------------------------------
0 daisies

Kelu Dalam Petah

Bila tiba satu masa.
Kau sedang mencari hidayah.

Disaat itu,
Semakin banyak kau tahu,
Semakin kau sedar betapa bodohnya kau.

Ilmu seciput kau bawa jauh,
Rupanya baru satu kau tahu,
Atau
Mungkin kosong point satu?

Bila ada yang tanya
Bagaimanakah itu?
Bagaimanakah ini?
Mengapa ini?

Semua
Kau petah menjawab.

Tapi bila ada yang tanya.

HAI MANUSIA CELA, APAKAH YANG MAMPU MEMBUKTIKAN KEISLAMAN KAU?!

Lidah terus terkelu,
Membeku,
Seolah ada tulang putih tumbuh,
Terus buntu.
Ah!

Apa yang mampu kau buktikan?

Jika pakaian lebih buka dari mereka,
Jika marah lebih panas dari mereka,
Jika tutur bicara lebih teruk dari mereka!

Lalu,
Kau menapak……..

Kau mencari….

Dan kau yakin.


ALLAH bersama.
0 daisies


« Older posts



Copyright ©. Layout by TeaCakeHouse.
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
Picture from: Tumblr All rights reserved 2011 - Infinite.

FACEBOOK